APA DIBENARKAN MERAYAKAN MAULID NABI SAW ?

Barang siapa yang mengada-adakan sesuatu amalan dalam urusan agama yang bukan datang dari kami (Allah dan Rasul-Nya), maka tertolaklah amalnya itu
 Harits Ritsko Zed  

INILAH HUJJAH (DALIL) KAMI AKAN BID’AHNYA MAULID NABI shallallahu alaihi wasallam 
Abu Bakar radhiallahu anhu memerintah selama 2 tahun, dan tidak pernah belaiu merayakan Maulid sedangkan beliau adalah Ash-Shiddiq umat ini, dan yang menemani Rasulullah shallallahu alaihi wasallam di Gua Tsur.
Umar radhiallahu anhu memerintah selama 10 tahun, dan tidak juga beliau merayakan Maulid, sedangkan beliau adalah al-Faruq dan panduan umat ini.
 Utsman radhiallahu anhu memerintah selama 13 tahun, dan tidak juga beliau merayakan Maulid, sedangkan beliau adalah suami 2 puteri Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, beliau adalah orang yang melakukan hijrah sebanyak 2 kali, dan yang paling tinggi sifat malunya dikalangan umat ini.
Ali radhiallahu anhu telah memerintah selama 4 tahun, dan tidak juga beliau merayakan Maulid, sedangkan beliau adalah sepupu Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dan suami dari penghulu wanita syurga (puteri Rasulullah shallallahu alaihi wasallam).
Al-Hasan radhiallahu anhu telah memerintah selama 6 bulan, dan tidak juga merayakan Maulid sedangkan beliau ialah cucu Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dan penghulu pemuda ahli syurga.
Selama pemerintahan Muawiyah radhiallahu anhu, beliau juga tidak pernah merayakan Maulid sedangkan beliau adalah “raja” yang terbaik dari kalangan “raja-raja Islam”.
Kemudian datanglah Kerajaan Umayyah yang di dalamnya terdapat Umar bin Abdul Aziz rahimahullah, serta Kerajaan Abbasiyyah yang di dalamnya terdapat Harun al-Rashid rahimahullah, dan mereka semua juga tidak pernah merayakan Maulid.
 Mereka semua adalah ulama’ Islam, para pencinta Rasulullah shallallahu alaihi wasallam yang sebenarnya, tidak pernah merayakan Maulid Rasulullah shallallahu alaihi wasallam sepanjang 3 kurun terbaik umat ini, sedangkan merekalah golongan yang paling berilmu dan memahami agama dan kitab Allah. Bagaimana tidak, merekalah golongan Hamalatul Qur’an (para pembawa al-Qur’an) dan perawi hadits-hadits Nabi.

No comments:

Post a Comment